top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Liga Super : Solari Tepis Dakwaan 'Tipu" Isu Kecederaan


Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari menepis tanggapan betapa kecederaan yang dialami Arif Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos hanya sekadar rekaan dan cerita 'Tipu" apabila kedua-dua pemain itu tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.


Pada perlawanan itu, Arif Aiman menjadi pencetus kemenangan skuad Harimau Selatan selepas gol pertamanya pada minit ke-20 membangkitkan pasukan itu membelasah Sabah FC 4-0.


Solari berkata, sejujurnya beliau tidak tahu kedua-dua pemain itu boleh beraksi pada perlawanan menentang Sabah FC, sehingga sehari sebelum perlawanan sebenar kerana mereka tidak turun berlatih bagi persiapan menentang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.


Justeru katanya, beliau merujuk kepada pakar perubatan JDT sama ada kedua-dua pemain itu pulih dan cergas untuk beraksi sebelum membuat keputusan kerana mahu memastikan kecederaan yang di alami mereka tidak berulang dan boleh memudaratkan.


"Ketika Arif Aiman dan Endrick mengalami kecederaan, pegawai perubatan kami bekerjasama rapat dengan skuad kebangsaaan dan langkah menyerahkan mereka untuk kami melakukan rawatan dan proses pemulihan berjalan dengan baik.


"Pegawai perubatan kami melaksanakan tugas dengan baik untuk memuiihkan kecederaan yang menimpa kedua-dua pemain itu dan kami menanti sehingga saat akhir dan keinginan mereka berada dalam mood untuk bermain walaupun selepas beraksi Endrick mengadu masih terasa sakit di buku lali," katanya. Sumber Berita Harian

6 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page