top of page
Writer's pictureSaluddin Ismail

Liga Super : Mungkin Sri Pahang 'Pencabar' Sebenar JDT




Sri Pahang melonjak ke kedudukan tiga teratas Liga Super buat pertama kali musim ini, setelah menewaskan Kelantan United 1-0 di Stadium Darul Makmur pada Isnin.



Ketika perlawanan seakan sudah pasti akan berakhir dengan keputusan seri, tandukan Stefano Brundo pada masa kecederaan menghadiahkan skuad Fandi Ahmad kemenangan keempat musim ini.


Mereka melonjak ke tangga ketiga dengan 16 mata, mengatasi Kedah Darul Aman menerusi beza jaringan manakala Kelantan United yang mengalami kekalahan keenam, kekal menghuni tangga tercorot.




Saat kebanyakan penyokong menganggap Selangor serta Kedah Darul Aman (Kedah) sebagai antara pencabar utama dalam memberi persaingan sengit buat Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini, tampil Sri Pahang untuk mencatat keputusan yang sangat gah ketika ini dalam aksi Liga Super.


Apa tidaknya, Sri Pahang menjadi pasukan kedua musim ini selain JDT yang masih lagi belum mencatat sebarang kekalahan dan corak permainan ditampilkan juga sangat meningkat.



Daripada lapan perlawanan dilalui sehingga kini, Sri Pahang telah pun meraih empat kemenangan dan seri selain hanya dibolosi enam gol sahaja dalam aksi liga.


Selain unggul dengan rekod tanpa kalah, pemain pertahanan import mereka iaitu Stefano juga cemerlang untuk menjadi antara penjaring terbanyak Liga Super menerusi lima jaringan telah dihasilkan.




Ketika ini, pastinya ramai ternanti-nanti akan pertemuan membabitkan JDT dan Sri Pahang yang akan berlangsung pada 24 Mei depan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Untuk rekod, JDT gagal untuk menewaskan Sri Pahang pada dua pertemuan tahun lalu dengan perlawanan tersebut menyaksikan Harimau Selatan sekadar mampu terikat seri di gelanggang lawan serta laman sendiri.

74 views0 comments

Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
bottom of page