top of page

LIGA SUPER: TEWAS KEPADA JDT ADALAH KEPUTUSAN REALISTIK

  • Writer: Editor
    Editor
  • Feb 25
  • 1 min read

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah, mengakui kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin merupakan keputusan yang realistik.


Menurut Yusri, pada perlawanan tersebut skuad kendaliannya beraksi dengan strategi bertahan bagi mengawal asakan juara bertahan Liga Super itu.



Bagaimanapun katanya, beberapa faktor seperti kualiti pemain termasuk pengumpulan kad kuning dalam kalangan pemain skuad The Bos Gaurus menyukarkan usaha mereka untuk menyaingi pasukan lawan secara lebih agresif.

Kesebeleasan utama pasukan Perak FC
Kesebeleasan utama pasukan Perak FC

“Kami tahu JDT adalah pasukan yang sangat kuat, dan dengan skuad yang kami ada, pendekatan bertahan adalah pilihan terbaik.

"Pemain telah berusaha sebaik mungkin, tetapi terdapat kekangan dari segi kecergasan dan disiplin permainan.


"Lagi pun, kita tak boleh kehilangan pemain bagi mengharungi baki perlawanan selepas ini kerana sasaran kita adalah untuk menyamakan saingan di kelompok pertengahan liga," katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.


JDT menewaskan skuad Kejor Yob Kejor itu hasil jaringan penyerang import Jese Rodriguez pada masa kecederaan babak pertama selain jaringan Jorge Obregon yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64.


Kekalahan itu sekali gus menyaksikan skuad Seladang kini berada pada kedudukan ke enam Liga Super dengan 23 mata hasil enam kemenangan, lima seri dan tewas sembilan kali setelah mengharungi 20 perlawanan.

Haziq Nazli berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolos
Haziq Nazli berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolos

Sementara itu, Yusri turut memuji aksi cemerlang penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli, yang beberapa kali menyelamatkan gawang daripada dibolosi jentera serangan skuad Harimau Selatan.

Prestasi cemerlang Haziq Nazli mengekang seranagn JDT
Prestasi cemerlang Haziq Nazli mengekang seranagn JDT

"Saya lega kerana hanya tewas 0-2. Haziq menunjukkan prestasi luar biasa, dan tanpa dia, mungkin kami dibolosi lebih banyak,” tambahnya.


Sumber Artikel Sinar Harian

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page