top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: TEWAS YANG PASTI NYATA, DUA KOSONG LEGAKAN SKUAD JANG


Formula bertahan yang diterapkan oleh K.Devan pada perlawanan menentang Harimau Selatan pada kali ini nyata agak berjaya. Walaupun tewas tapi pasukannya berjaya mengelak kekalahan besar 7-0 seperti perlawanan yang lalu.


Berdepan cabaran sukar sebelum sepak mula apabila mempunyai pilihan pemain yang agak terhad, namun K.Devan mampu merencakan pasukannya dengan agak baik.


Pasukan Tuan Rumah yang turun dengan kesebelasan terbaik mereka, tampak mula merencakan serangan sejak awal namun berjaya digagalkan oleh barisan pertahanan Negeri Sembilan FC



Feroz Baharuddin terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila berjaya membuka akaun jaringan untuk JDT pada minit ke-20 perlawanan. Beliau berjaya melonjak tinggi untuk melepasi kawalan Hasbullah Abu Bakar untuk menyudahkan hantaran dari Leandro Velazquez.



Selang 22 minit selepas itu, Leandro Velazquez membuktikan “Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super” untuk edisi April adalah tepat apabila sekali lagi terlibat untuk gol kedua JDT.


Keupayaan kaki kiri yang dimiliki olehnya berjaya memperdayakan Sikh Izhan hasil daripada situasi bola mati dari jarak 20 meter.


Masuk separuh masa kedua, Esteban Solari yang agak resah dengan persembahan pemainnya telah melakukan beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Bergson Da Silva dan juga Endrick Dos Santos.



Bergson yang terlihat agresif, beberapa kali mencuba menambah jaringan namun sentuhan penyudah yang tumpul dan 'terlalu mencuba nasib' gagal mencattakan namanya sebagai penjaring pada perlawanan malam ini.


Selain dari itu, Safawi Rashid juga telah kembali mewarnai Liga Super Malaysia apabila pulang ke pangkuan Harimau Selatan setelah 6 bulan dipinjamkan ke Ratchaburi FC sejak Disember 2022.


Dua gol pada separuh masa pertama itu nyata tidak berjaya ditambah oleh barisan pemain Harimau Selatan untuk mengakhiri perlawanan dengan jaringan 2 gol tanpa balas dan mampu melegakan Skuad Hobin Jnag Hobin untuk tewas dengan jaringan yang lebih banyak.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page