top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: TFC SANGKUT 'ROADBLOCK' PDRM DI PETALING JAYA


Terengganu FC (TFC) tercicir mata dalam dua aksi berturut turut apabila diikat tanpa jaringan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.



Selepas bangkit mengikat KL City FC 3-3 minggu lalu, anak buah Tomislav Steinbrucker tampak tidak mempunyai jawapan untuk menembusi benteng skuad 'The Cops' kali ini.

Pada aksi terbabit, TFC melancarkan beberapa percubaan ke gawang PDRM namun belum cukup 'mengancam' seterusnya menggugat penjaga gol PDRM FC, Mohamad Ramdhan Ab Hamid.


Peluang terbaik PDRM FC hadir pada minit ke-33 menerusi larian solo Kyaw Min Oo yang melepaskan rembatan leret sehingga memaksa Suhaimi Husin merebahkan badan bagi menyelamatkan gawangnya.


Ramdhan terus 'dihujani' percubaan jarak jauh dari TFC, kali ini menerusi rembatan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-40 dan keputusan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.



Sony Norde memiliki peluang untuk mendapatkan gol pembukaan buat TFC pada minit ke-60 menerusi serangan balas pantas namun percubaannya sempat 'ditutup' James Okwuosa.


Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni menutup peluang PDRM FC untuk mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-88 selepas pertahanan itu menghalang gerakan Muhammad Amirul Wa'ie Ya'acob.


Kedua-dua pasukan yang terus giat melancarkan serangan bagaimanapun terpaksa akur selepas pengadil meniup wisel tamat perlawanan pada kedudukan 0-0.

Selepas ini, PDRM akan berdepan Kelantan United di Kota Bharu sementara TFC akan melayan kunjungan Negeri Sembilan FC (NSFC).

15 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page