top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER :THE RED GIANTS KECUNDANG DI TANGAN PDRM FC


Selangor FC (SFC) terlepas peluang mengukuhkan kedudukan di tempat kedua Liga Super selepas dikejutkan PDRM FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.


Beraksi sebagai pelawat, ini adalah kekalahan ketiga buat anak buah Tan Cheng Hoe pada kempen liga musim ini sementara 'The Cops' mengumpul kemenangan kelima mereka.



Keputusan itu menyaksikan SFC kekal dengan 28 mata dan Sri Pahang FC (SPFC) berpeluang menghimpun jumlah mata sama jika berjaya menewaskan KL City FC, esok.

Sebahagian besar perlawanan dikuasai Selangor FC yang menyaksikan mereka berjaya mencemaskan benteng pertahanan PDRM FC dua kali hanya dalam tempoh lima minit pertama.



Gerakan menarik antara Aliff Haiqal Lau dan Quentin Cheng pada minit kedua menyaksikan rembatan Aliff Haiqal tersasar sebelum SFC terlepas peluang membuka jaringan pada minit kelima susulan kawalan kurang kemas Ayron del Valle.

Satu lagi peluang hadir buat SFC pada minit ke-31 namun del Valle dikawal ketat James Okwuosa sebelum dibantu Mohamad Ramdhan Ab Hamid yang berjaya menutup peluang penyerang itu mendapatkan gol pembukaan.


Kehadiran Okwuosa di benteng pertahanan PDRM FC jelas 'menyusahkan' SFC selepas pemain itu menafikan peluang pelawat apabila memintas hantaran Quentin di dalam kotak penalti pada minit ke-38.


Bersambung babak kedua, PDRM FC mengekalkan disiplin bertahan yang amat baik dan berjaya menutup segenap inci ruang daripada SFC yang terus mengasak bagi mendapatkan gol pendahuluan.


Namun 'tembakan' PDRM FC jelas lebih tepat kerana dengan hanya satu peluang dimiliki, Bruno Suzuki berjaya menggegarkan gawang SFC apabila menyempurnakan hantaran Marcus Macauley pada minit ke-60.

Sumber Artikel : Berita Harian

4 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page