top of page
Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: TRW KELANTAN FC KEMPUNAN DI LAMAN SENDIRI


Kelantan FC terus kempunan meraih kemenangan apabila tewas 2-3 kepada Perak FC dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam ini.



Tuan rumah bermula garang apabila mengasak kubu pelawat menerusi beberapa siri serangan, namun buntu mencari gol.


Kekalutan di gol pelawat akhirnya dimanfaatkan pemain import Kelantan, Nuha Marong Krubally yang menjaringkan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-13.


Namun, kegembiraan tuan rumah terencat apabila Muhammad Yusri Yuhasmadi tertampan bola ke gawang sendiri dan menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-35.


Perak terus menambah derita The Red Warriors menerusi jaringan Luciano Guaycochea, 10 minit kemudian.


Bersambung babak kedua, Perak terus mengukuhkan kedudukan hasil jaringan gol ketiga menerusi sepakan tepat Che Mohamad Suhairi Che Halim pada minit ke-68.

Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-93.


Perak kekal mempertahankan kedudukan 3-2 sehingga wisel penamat, sekali gus menghampakan 5,148 penyokong tuan rumah. Sumber Info : Harian Metro

12 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page