top of page
  • Writer's pictureEditor

LIGA SUPER: VAR BUAT SRI PAHANG TAK KERUAN SEBELUM IKAT KUCHING CITY

Stadium Negeri, Sarawak, menjadi medan pertembungan menarik antara pasukan tuan rumah, Kuching City, yang berjaya mematahkan semangat pasukan pelawat, Sri Pahang, untuk menagih tiga mata.


Sebelum tamat separuh masa pertama, The Cats, mendahului perlawanan 2-0 hasil jaringan daripada pemain import, Tchetche Kipre dan Jordan Mintah.

Bersambung babak kedua, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Adam Nor Azlin, berhasil merapatkan jurang permainan untuk terus memberi asakan kepada anak buah kendalian Aidil Sharin.


Perlawanan semakin menarik apabila tumpuan terarah kepada Stefano Brundo, yang dibatalkan jaringannya melalui video bantuan pengadil (VAR) selepas larian yang dibuat oleh pertahanan kanan Sri Pahang, Mohd Azrif Nasrulhaq, didapati ofsaid.



Namun, ayam tambatan skuad Tok Gajah, Manuel Hidalgo, kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-72 sebelum tamat permainan.

Masa tambahan selama 12 minit tidak mengubah keputusan 2-2 untuk kedua-dua pasukan meraih satu mata. Sumber Stadium Astro

4 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page