top of page
  • Writer's pictureEditor

Liga Super : Why Always Me? -Balotelli-



Satu slogan yg paling tepat untuk diucapkan oleh penyerang Kedah Jonathan Balotelli selepas penyerang Brazil itu meledak gol penyamaan pada minit 92 permainan di Darul Makmur malam tadi.


Jaringan penting itu berjaya menyelamatkan Kedah dari diaibkan oleh Sri Pahang FC walaupun Sang Kenari menguasai permainan dengan permainan hantaran pendek yang sangat kemas dan cantik.



Namun kedah mengalami masalah di bahagian serangan selepas William Lira gagal membuktikan dirinya adalah seorang penyerang tulen di mana sepanjang 70 minit permainan, tiada gerakan merbahaya mampu dihasilkannya selaku penyerang.


Sri Pahang bagaimanapun berjaya mendahului dengan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Stefano Brundo pada minit ke 62 selepas bola terkena tangan Arif Farhan dalam kotak penalti.



Skuad Tok Gajah juga sekali lagi diberikan sepakan penalti pada minit ke 85 selepas Kpah Sherman dijatuhkan di dalam kawasan kotak penalti namun Lucas Silva gagal menyempurnakannya apabila bola melepasi palang.


Kegagalan Lucas Silva menyudahkan sepakan penalti turut mengundang kemarahan peminat tok gajah kerana ia telah merugikan pasukan dalam misi untuk mengutip 3 mata penuh.


Percaturan Nafuzi Zain memasukkan Jonathan Balotelli menjadi apabila pemain dari Brazil itu menyumbat gol penyamaan pada minit ke 90+2 dengan merembat cantik bola yang ditolak oleh Aiman Afif untuk membolehkan mereka membawa pulang satu mata. Keputusan ini juga menyaksikan Sri Pahang masih kekal di kedudukan kelima Liga Super dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 6 perlawanan manakala Kedah naik ke kedudukan kedua dengan jumlah keseluruhan 13 mata.

3 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page