top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Lim Teong Kim: Tanam Durian Pun Perlu Tunggu 7 Tahun



Pengendali Perak, Datuk Lim Teong Kim percaya pemain muda Perak perlukan masa sebelum mendapatkan tuai hasilnya jika mereka memberi fokus yang tinggi kepadanya.


Membawa harapan besar peminat yang masih menunggu kemenangan kedua Perak, namun mereka tewas di tangan anak buah Bojan Hodak malam tadi dengan keputusan 1-0.


“Saya beri peluang kepada pemain muda untuk beraksi, sampai sekarang mereka tidak pernah menghampakan saya.”


“Memang kita nak menang bukan tak nak, saya minta penyokong untuk bersabar kerana mereka ini pemain muda, kalau anda kahwin mesti ambil masa untuk ada anak… Semuanya perlukan masa.


“Pemain perlukan masa, jika saya tak berikan mereka masa untuk bermain dengan pemikiran terbuka di mana mereka boleh buat kesilapan, jadi perkembangan mereka tak akan jadi, bola sepak semuanya tentang kesilapan,”



Beliau berkata, para pemainnya sudah menunjukkan mentaliti kemenangan walaupun hanya berjaya meraih satu kemenangan dalam liga.

Jelasnya, mereka sentiasa menunjukkan semangat untuk bangkit setiap kali kalah dan ia adalah petanda mereka mempunyai mentaliti kemenangan.

“Mentaliti kemenangan bukanlah tentang kemenangan, para pemain saya semua sudah tunjukkan mentaliti kemenangan walaupun gagal dapatkan kemenangan. Mereka tidak menyerah dan sentiasa bangkit pada perlawanan seterusnya dengan persembahan yang lebih baik, itulah mentaliti kemenangan, untuk mereka ini adalah bagus.”

Dalam pada itu, beliau meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan temubualnya selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.


“Wartawan tanya, saya tak dengar. Semasa itu stadium sangat riau. Saya tidak ada niat lain kepada media. Tetapi jika saya membuat kesilapan saya mintak maaf.” katanya kepada sidang media selepas perlawanan.


Perak bakal menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada Rabu, 19 April 2023.

2 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page