top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

LIRIDON KRASNIQI TERGOLEK, PASUKAN PERUBATAN TERGAMAM


Disebalik kemaraan Terengganu FC ke pentas akhir Piala Malaysia 2023, ada beberapa insiden telah berlaku dalam perlawanan separuh akhir di antara Terengganu dan Kuala Lumpur City FC (KL City).


Antara insiden yang menjadi tumpuan adalah insiden yang melibatkan pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang tergolek daripada pengusung pada waktu kecederaan. Kejadian tersebut sempat dirakam lensa kamera.



Tindakan tersebut nyata mengundang padah apabila pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin melayangkan kad kuning kepada Liridon yang disyaki melewat-lewatkan permainan.


Dalam aksi separuh akhir tersebut, Liridon beraksi penuh 90 minit perlawanan dengan aksi memukau dapat ditonjolkan. Liridon mengakhiri perlawanan dengan menyumbang satu bantuan gol iaitu gol kedua Terengganu yang dijaringkan Ivan Mamut.


Biarpun berjaya membantu Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia, kelibat Liridon di pentas final dijangka tidak akan kelihatan. Ini kerana, Liridon merupakan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) yang layak ke final selepas menyingkirkan Perak FC.


Untuk rekod, Liridon sudah diturunkan dalam 22 perlawanan dalam kesemua pertandingan bersama Terengganu musim ini dengan beliau sudah meledak satu gol serta menyumbang dua bantuan gol. Sumber Artikel MakanBola

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page