Jawapan balas Datuk Lim Teong Kim yang agak tidak professional ketika di wawancara oleh wartawan selepas perlawanan bertemu JDT nyata telah mencuri perhatian netizen.
“Kekurangan?, you nampak game bukan?, you fikir sendiri lah apa kekurangan kami”
Ini lah antara kata-kata yang diberikan oleh beliau yang tampak seolah-olah kecewa dengan keputusan itu setelah bolos sebanyak 5 kali.
Selaku Jurulatih, LTK sepatutnya lebih bertanggungjawab atas kekalahan tersebut. Apatah lagi hampir semua pemain di dalam pasukan Perak FC ini adalah pilihan beliau sejak mengambil alih skuad ini sejak akhir musim lepas.
Tewas di tangan JDT bukanlah satu “malu besar” buat mereka.
Sebuah pasukan yang serba lengkap seperti JDT, telahpun mengajar pasukan yang lebih kuat selain Perak FC tentang erti bolasepak sebenar sebelum ini . Dalam perlawanan lepas skuad kendalian Solari turut menewaskan Sabah FC, Selangor FC dan juga 4 lagi pasukan lainnya dengan jaringan besar.
Dalam perlawanan itu juga, beliau telah dilayangkan Kad Kuning oleh Pengadil yang bertugas S.Logeswaran pada minit ke-74 apabila mempamerkan situasi tegang dengan membaling bola kepada Ariff Aiman yang menyebabkan balingan pantas bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu hampir mengenai kepalanya tetapi berjaya disambut pemain sayap kebangsaan itu.
Tindakan beliau itu mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa pemain JDT termasuk Arif Aiman dan penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva.
Sebaik video pertengkaran Teong Kim-Arif Aiman dimuatnaik ke internet, ia mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan para penyokong. Ada menyifatkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku bagi individu yang pernah melatih skuad remaja Bayern Munich.
Ada juga yang menganggap Teong Kim menunjukkan perwatakan sebenar dirinya sebagai jurulatih dengan mentaliti kelab kecil. Tidak kira apa pun anggapan orang di luar sana, tindakan beliau menambah lagi duka yang dialami skuad The Bos Gaurus itu malam ini.
Comentários