Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi markas kuat JDT telah mencatatkan kehadiran penyokong tertinggi musim ini untuk aksi di home.
Di mana ianya menjadi satu satunya venue yang catat purata kehadiran dua angka musim ini dalam Liga Malaysia.
Kehadiran penyokong ke stadium sangat penting buat pasukan. Kerana ianya boleh menjadi sumber pendapatan paling penting setiap pasukan yang bertanding selain daripada hak penyiaran.
Oleh sebab itu setiap pasukan harus cuba menarik peminat mereka hadir ke stadium untuk mendapatkan kutipan hasil tiket pada hari perlawanan.
JDT musim ini memuktamadkan musim domestik dengan kejuaraan MSL kesepuluh mereka yang digelar The Perfect 10. Kemudian musim ini juga mereka menamatkan musim sebagai juara treble sekali lagi untuk dua musim berturut turut.
Prestasi JDT dan pengaruh TMJ harus diakui menjadi daya tarikan utama penyokong ke SSI musim ini. Walaupun JDT sentiasa mencatatkan jumlah kehadiran yang tinggi berbanding pasukan lain, namun TMJ sentiasa menyeru agar lebih ramai penyokong hadir ke stadium.
Satu data dikongsi oleh Amirul Azlan mengenai kehadiran penyokong ke stadium musim ini melibatkan aksi home setiap pasukan.
JDT secara keseluruhannya mencatatkan kehadiran sekitar 229,097 dengan purata 17,623. Jauh mengatasi Sabah yang meraih kutipan tiket 128,270 (purata 9,867) di Kota Kinabalu.
3 lagi pasukan yang mencatatkan rekod kehadiran atas 100k adalah Kedah, Terengganu dan Selangor. Di mana masing masing dengan purata 8,653, 8,322 dan 7,975.
Kealantan United mencatatkan jumlah kehadiran penyokong paling sedikit untuk aksi di home mereka dengan 10,034 atau purata 772 penyokong setiap aksi home mereka.
JDT pastinya akan cuba meningkatkan lagi jumlah kehadiran penyokong ini di masa akan datang. Pasukan Harimau Selatan itu tidak pernah lekang dengan usaha membawa masuk bintang baharu yang boleh menarik perhatian. Sumber Artikel Axello.net
Comments