top of page
Writer's pictureMohd Redzuan Moslim

MAGIS HARIMAU MALAYA BUAT JANTUNG RAKYAT MALAYSIA LULUH.

Ketinggalan dengan dua jaringan kepada pasukan pelawat tidak mematahkan semangat juang barisan Kim Pan Gon apabila mempamerkan karakter sebenar yang ada pada mereka untuk bangkit sekaligus menghadiahkan tiga mata sulung buat penyokong setia Harimau Malaya.


Keberanian Kim Pan Gon dengan menukar strategi serangan dengan memasukkan Paulo Josue, Endrick Dos Santos serta Akhyar Rashid yang sama sekali mengubah corak menyerang pasukan Malaysia.


Tujuh (7) jaringan terhasil pada malam itu dan 4 darinya adalah milik pasukan Malaysia.


Pemain Paling Bernilai (MVP) Malaysia Arif Aiman Hanafi membuktikan nilai dan keajaiban yang ada pada dirinya apabila terlibat dengan kesemua gol yang terhasil buat pasukan Harimau Malaya.


Dua sepakan sudut dari Arif Aiman berjaya disudahkan oleh Dion Cools, sebelum gol sendiri yang dilakukan oleh pemain Kyrgyzstan dan gol kemenangan Malaysia yang dijaringkan oleh Faisal Halim yang juga hasil jolokan keramat Arif Aiman.


Inilah gabungan pemain terbaik yang berjaya dikumpulkan oleh Kim Pan Gon yang menghasilkan DNA Harimau Malaya. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya memperolehi 15.49 mata MA untuk meletakkan mereka di kedudukan ranking yang lebih baik selepas ini.


Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Chinese Taipei pada 21hb November di tempat lawan bagi perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.


1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page