top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Majlis Pelancaran RTM Sebagai Rakan Penyiar Liga Malaysia 2023

Presiden Malaysian Football League (MFL) Dato’ Ab Ghani Hassan menghadiri Majlis Pelancaran RTM Sebagai Rakan Penyiar Liga Malaysia 2023 di Wisma TV, Angkasapuri, hari ini.


Majlis berkenaan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta dihadiri Ahli Lembaga Pengarah MFL Christopher Raj, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia, Dato’ Seri Haji Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Sports Media & Distributor Sdn Bhd, Dato’ Ahmad Zaharul Annuar.

Menerusi kerjasama ini, RTM akan menyiarkan siaran langsung 75 perlawanan melibatkan Perlawanan Sumbangsih, 52 perlawanan Liga Super, 8 perlawanan Piala FA dan 14 perlawanan Piala Malaysia.

Saingan Liga Malaysia 2023 akan membuka tirai pada 24 Februari ini dengan Perlawanan Sumbangsih bagi merebut trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.


Sumber : Malaysian Football League page

3 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page