top of page
Writer's pictureSaluddin Ismail

Malayan Tigress Benam Mongolia

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malayan Tigress menentang Mongolia. Skuad muda wanita negara berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 di Stadium Cheras hari ini.



Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan Malaysia lebih banyak menguasai bola. Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke menerusi Nurfarisya Hanim yang berjaya meloloskan diri di dalam kawasan kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Mongolia, Bujinlkham.


Kira-kira 10 minit selepas jaringan terhasil, pengadil perlawanan memutuskan untuk memberhentikan perlawanan seketika ekoran cuaca lebat.

Aksi diteruskan dan sebelum separuh masa pertama tamat, skuad Malaysia menggandakan kedudukan menerusi Najwa Irdina selepas memanfaatkan kecuaian pertahanan Mongolia Skuad B-20 tahun negara mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.


Malaysia meneruskan momentem menyerang dan akhirnya berjaya mendapatkan jaringan ketiga menerusi pemain gantian, Arecha Pansie Efandi. Beliau tenang melepaskan satu rembatan yang akhirnya menggegar jaring.

dua minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, Malaysia berjaya menumbangkan Mongolia dengan keputusan 3-0.



Kemenangan ini semestinya menjadi pemangkin semangat buat anak buah kendalian Cameron Ng sebelum aksi kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024. Malaysia bakal berdepan Kemboja pada 10 Mac dan Myanmar pada 12 Mac kelak bagi mengharungi aksi kumpulan G.

0 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page