top of page
  • Writer's pictureEditor

MALAYSIA CUB PRIX: PELUMBA KEMALANGAN, ISTERI MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA


Pelumba negara, Md Izzat Zaidi, ditimpa kemalangan semasa sesi super-pole perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor pada sabtu.


Khabar sedih itu dimaklumkan oleh isteri pelumba berkenaan menerusi laman sosial yang mengharapkan doa rakyat Malaysia agar diberi keajaiban dan kesembuhan buat suaminya.



Md Izzat merupakan pelumba CKJ Racing Team.



“Assalamualaikum, saya isteri kepada Md Izzat Zaidi ingin memohon doa kalian agar diberikan keajaiban serta kesembuhan buat suami.


“8 Oktober 2023. Izzat telah menjalani pembedahan disebabkan banyak kecederaan di bahagian paru-parunya dan sebahagian tulang rusuk yang patah.


“Izzat kini bergantung 100 peratus kepada mesin bantuan pernafasan buat masa sekarang dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


“Keadaannya sangat kritikal. Semoga Allah SWT mudahkan urusan dan angkat segala penyakit beliau. Amin - Isteri,” tulis isteri Izzat yang dikenali sebagai Elyshanorizal.


Dalam pada itu, pasukan CKJ mengesahkan bahawa Md Izzat mengalami kemalangan itu selepas jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page