top of page
Writer's pictureSaluddin Ismail

Piala Asia B-17 2023: Malaysia Diundi Bersama Tuan Rumah



Skuad Harimau Malaya B-17 kendalian Osmera Omaro telah diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Thailand, Yemen dan Laos bagi saingan yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.

Proses undian telah di adakan di Swissotel Bangkok Ratchada, Bangkok yang menyaksikan 16 pasukan akan bertanding dalam di Bangkok nanti. Juara bertahan yang juga juara tiga kali, Jepun pula diundi dalam Kumpulan C bersama India, Vietnam dan Uzbekistan.


Sebagai rekod, skuad muda negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 selepas mengungguli pusingan kelayakan yang berlangsung di Indonesia, Oktober tahun lalu.


Pencapaian terbaik pasukan muda kebangsaan di pentas Piala Asia B-17 adalah mara sehingga ke suku akhir edisi 2014 sebelum dikecewakan Australia 2-1.


Empat pasukan terbaik di Piala Asia B-17 akan mendapat slot ke Piala Dunia B-17 2023 di Peru sebagai wakil Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).


Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengintai peluang untuk memburu tempat ke Piala Dunia B-17.


Namun Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pencapaian ke suku akhir sudah boleh dianggap bagus memandangkan mereka menjadi lapan pasukan terbaik di Asia.

0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page