top of page
  • Writer's pictureEditor

MBOR: JDT CATAT REKOD DRON TERBANYAK (1,010) DALAM PERSEMBAHAN CAHAYA



Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sejarah apabila nama pasukan itu tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).



Ini selepas penggunaan 1,010 dron untuk pertunjukan cahaya malam Decade of Dominance direkodkan sebagai yang terbanyak pernah digunakan untuk pertunjukan cahaya.


Perkara ini dinyatakan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu hantaran di halaman Johor Southern Tigers.



Rekod ini disampaikan oleh wakil MBOR kepada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas.


Pertunjukan dron tersebut menghasilkan pelbagai imej daripada angka 10 dan bintang hinggalah rupa Tunku Ismail sendiri.



Ini merupakan sebahagian daripada sambutan Decade of Dominance yang meraikan pencapaian trofi Harimau Selatan termasuk kejayaan empat trofi untuk musim 2023.


Sumber MakanBola dan JOHOR Southern Tigers 

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page