top of page
  • Writer's pictureEditor

MCP: AKID HADIAHKAN KEMENANGAN BUAT CKJ RACING DI LITAR BAHARU


Pelumbaan akhir pusingan kelapan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Litar Bandar Medini Iskandar. Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan pada sabtu.



Kemenangan tersebut sekaligus telah mengesahkan kedudukan sebagai pasukan terbaik keseluruhan CP150 musim ini.


Berikutan kejadian yang berlaku semasa sesi “Super-Pole” awal tadi, “Super-Pole” dibatalkan dan pelumba-pelumba CP150 ditempatkan di grid menggunakan masa lap daripada sesi kelayakan. Dengan itu, Akid Aziz telah memulakan perlumbaan dari petak grid pertama diikuti oleh Azroy Hakeem di petak grid kedua dan Afif Amran di petak grid ketiga.



Pada perlumbaan yang berlangsung pada sabtu, Akid meluru ke P1 di selekoh pertama diikuti oleh Azroy di P2 dan Iqbal di P3. Afif yang menghadapi masalah jentera, tidak dapat meneruskan perlumbaan.



Di P5, Helmi cuba menutup jurang dengan Kasma yang berada di P4. Iqbal di P3 cuba mencari peluang untuk memintas Azroy. Di lap kelima, Nazirul yang berada di P6 berjaya memintas Helmi dan Kasmi dan mengambil P4 tetapi Kasma dengan pantas mengambil kembali kedudukannya. Di lap ketujuh, Iqbal akhirnya berjaya memintas Azroy. Jurang di antaranya dengan Akid pada ketika itu adalah 0.599s.


Berbaki 10 lap, Nazirul mengejar Kasma tetapi Kasma mengekalkan momentumnya. Dalam pada itu, Akid di P1 kelihatan yakin dan mantap dengan pengendalian jenteranya di litar tersebut. Pada akhir lap keempat-belas, beliau telah mengukir jurang sebanyak 1.172 dengan Iqbal.


Di P3, Azroy merapatkan lagi dirinya dengan Iqbal dan cuba mencari jalan untuk memintas tetapi Iqbal yang menyedari tekanan tersebut tidak memberikannya peluang. Azroy mencuba lagi dan akhirnya berjaya di lap keenam belas. Beliau kemudiannya meningkatkan kelajuan dan mengejar Akid. Di lap terakhir, Akid mengekalkan momentum sebelum meluru ke garisan penamat dengan catatan masa 14’29:313s.



Menurut Akid, “Litar ini agak mencabar bagi saya. Banyak yang harus di perbaiki. Dari segi jentera, memang tiada masalah kerana jentera saya dalam keadaan yang bagus. Tetapi, untuk “catch-up” dan mengekalkan kelajuan secara konsisten agak sukar di litar ini kerana ada banyak selekoh yang sempit.



Litar ini agak teknikal dan juga tidak begitu rata. Di perlumbaan tadi, saya dah agak yang saya akan “fight” dengan dua tiga orang pelumba tetapi saya tidak sangka saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama tanpa sebarang gangguan daripada pelumba-pelumba lain. Saya memang sedar yang Azroy semakin dekat dan pantas. Saya pun kurangkan kelajuan pada lap terakhir untuk mengelak sebarang kesalahan.


Bagi keadaan jentera saya, saya ada berbincang dengan Afif mengenai “setting”. Itu adalah kelebihan yang besar bagi saya. Matlamat saya adalah untuk mendapat juara keseluruhan. Itu adalah perkara yang sukar kerana pelumba dan jentera harus sentiasa bersedia.”


Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14’30:938s.


Md Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’33:707s.

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page