top of page
  • Writer's pictureEditor

MFL : Isu Bakar Suar Di Bawah Bidang Kuasa FAM


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam memberitahu beliau tidak akan memberi sebarang komen mengenai isu pembakaran suar di dalam stadium kerana ia dibawah bidang kuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya tiada komen selain ini semua di bawah bidang kuasa FAM untuk ambil tindakan tatatertib. Kita tahu apa undang-undang jadi kita biarkan FAM untuk menjalankan proses tatatertib dibawah bidang kuasa mereka,” katanya kepada media.

Stuart berkata demikian selepas diminta untuk mengulas mengenai isu penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kembali membakar suar selepas tamat perlawanan Liga Super pada Ahad lalu.


Ini merupakan kali kedua penyokong JDT membakar suar di dalam stadium dalam tempoh kurang dua minggu.


Terdahulu, Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataannya menyedari mengenai insiden tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk mengambil tindakan.


Membakar suar adalah satu kesalahan dan melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda berjumlah puluhan ribu ringgit. Sumber Artikel : Harimau Malaya

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page