Sukan bola sepak merupakan acara paling popular dalam dunia kesukanan negara yang merentas segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar ekonomi dan keturunan serta menjadi medium perpaduan masyarakat.
Justeru itu, bagi menjadikan pasukan bola sepak negara terus cemerlang, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula telah mengambil inisiatif menjadikan Stadium Nasional sebagai rumah rasmi bagi pasukan kebangsaan Harimau Malaya sejak tahun 2019.
Oleh yang demikian, bagi memberikan sokongan kepada sukan bola sepak negara, PSM berbesar hati menjadi penaja bersama - Gold (Tier 2) sebagai Stadium Rasmi Liga Malaysia di bawah seliaan Malaysian Football League (MFL) yang merangkumi ketiga-tiga pertandingan iaitu Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia bagi musim 2024/2025.
Hadir bersama pada hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Iliyas Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi bagi menyempurnakan simbolik penyerahan penajaan tersebut.
PSM berharap kerjasama erat yang telah lama terjalin bersama MFL akan dapat diteruskan demi kelangsungan dan kemajuan sukan bola sepak negara.
Comments