top of page

MFL: SEPAK MULA LIGA MALAYSIA 2024/25 BERMULA 2 MEI 2024

  • Writer: Editor
    Editor
  • Dec 22, 2023
  • 1 min read


Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan tarikh sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 dari 3 Mei dan berakhir April 2025.



Penganjur kancah tempatan itu memaklumkan penjadualan itu dibuat setelah mengambil kira komitmen pemain skuad kebangsaan yang akan menghadapi pusingan akhir Piala Asia di Qatar bulan depan disusuli Kelayakan Piala Dunia 2026 selain skuad B-23 negara yang berjuang dalam kempen di peringkat serupa pada April 2024.


Ia juga memberi ruang kepada Sabah FC untuk membuat persiapan mengharungi perlawanan separuh akhir Piala AFC zon ASEAN (Februari).


Justeri, tarikh pendaftaran pertama pemain dibuka dari 3 Februari hingga 26 April 2024 menjelang perlawanan pertama Liga Super yang juga berlangsung pada minggu sama Piala Sultan Ahmad Shah dipertandingkan iaitu 3 Mei.


Penganjur juga menetapkan saingan Piala MFL berlangsung pada 13 Mei.

Kommentarer

Betygsatt till 0 av 5 stjärnor.
Inga omdömen ännu

Lägg till ett betyg
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page