top of page

MFL UMUM HARGA TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2024-2025

  • Writer: Editor
    Editor
  • Aug 7, 2024
  • 1 min read

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan harga tiket bagi aksi final Piala FA melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Ogos ini.


MFL menyediakan empat kategori tiket untuk diagihkan secara sama rata kepada pasukan finalis berkenaan dengan harga tiket serendah RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 bagi tiket Piala FA Premium dan RM200 bagi tiket Piala FA VIP Grandstand.


Menurut badan pengelola Liga Malaysia itu, urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab berkenaan untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.


Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor dalam masa terdekat.

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page