top of page
  • Writer's pictureEditor

MFL UMUM KALENDAR LIGA MALAYSIA 2024-2025


Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini mengumumkan jadual pertandingan Liga Super bagi musim 2024/2025 yang akan terbahagi kepada 13 minggu bagi membolehkan pasukan yang akan bertanding nanti untuk melakukan persediaan rapi.


Walaupun dijangkakan sebanyak 13 pasukan yang akan bertanding pada musim ini tetapi mereka tidak menolak kemungkinan jumlah tersebut akan berkurangan sekaligus akan membawa perubahan pada kalender dan jadual pertandingan sekiranya badan bebas First Instance Body (FIB) memutuskan sesuatu keputusan yang baru.


Bagi waktu sepak mula bagi jadual perlawanan yang telah dikeluarkan itu hanya akan dikemaskini sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada penyiar rasmi MFL.

Perancangan penjadualan ini telah mengambil kira perkara-perkara berikut:


i. Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Kelayakan Piala Dunia 2026);

ii. Pertandingan AFC Champions League Elite (ACLE);

iii. Pertandingan AFC Champions League 2 (ACL2);

iv. ASEAN Club Championship (Shopee Cup);

v. Pusingan kelayakan pertandingan AFC B20 2025;

vi. Pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024;

vii. Sukan Olimpik 2024;

viii.Kejohanan Sukan Malaysia(SUKMA), Sarawak2024;

ix. Pergerakan logistik dan operasi VAR;

x. Perkongsian venue perlawanan (Liga Super dan Piala MFL);

xi. Tempoh rehat dan perjalanan kelab.

xii. Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2024/25 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.


Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 akan menjadi perlawanan pertama liga dan bakal mempertemukan juara liga musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT), dan naib juara liga Super Malaysia musim lalu, Selangor FC, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada 10 Mei depan.


Saingan Piala FA 2024 pula bakal membuka tirainya pada 13 Jun dengan format kempen tersebut akan dimaklumkan selepas jumlah kelab telah dimuktamadkan oleh nanti. i. Pusingan 16 Pasukan : 13 – 15 Jun 2024

ii. Suku Akhir I : 28 – 30 Jun 2024

iii. Suku Akhir II : 4 – 6 Julai 2024

iv. Separuh Akhir I : 20 – 21 Julai 2024

v. Separuh Akhir II : 3 – 4 Ogos 2024

vi. Akhir : 24 Ogos 2024


Dalam pada itu, saingan Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup juga akan dimaklumkan selepas FIB mendapat kata putus berkenaan jumlah kelab yang akan bertanding dalam Liga Malaysia 2024/2025 nanti.


7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page