top of page
  • Writer's pictureEditor

Nafuzi Zain 'Ajar' Bekas Pasukan


Nafuzi Zain mampu tersenyum bangga selepas Kedah Darul Aman (KDA) FC menewaskan bekas skuad kendaliannya pada minit-minit terakhir perlawanan, Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Darul Aman, semalam.



Gol Fadzrul Danel pada lewat permainan di hadapan kira-kira 21,700 penyokong membolehkan Kedah mengekalkan rekod kemenangan selepas membelasah Perak FC 4-1 di Ipoh Sabtu lalu, manakala TFC kalah buat kali kedua berturut-turut selepas tumpas 2-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi sumbangsih.


Pada aksi penuh semangat, TFC terlebih dahulu garang memulakan percubaan melalui sepakan sudut pada minit kelima yang ditanduk Engku Shakir namun percubaannya tersasar ke atas palang gol.



Kedah cuba mencari gol awal melalui sepakan percuma pemain tengahnya Amirbek Juraboev pada minit ke-14 namun sedikit tersasar ke atas palang gol.


Kebuntuan gol terus berlarutan hingga hujung babak pertama meskipun dua percubaan dari luar kotak penalti yang dilakukan pemain TFC, Sony Norde pada minit ke-35 dan 45 serta peluang keemasan oleh pemain Kedah, Willian Lira pada minit ke-39 melambung tinggi di atas palang sebelum itu turut gagal membuahkan hasil.

Bermula babak kedua, pemain gantian TFC Adisak Kraison mendapat peluang terbaik buat Sang Penyu pada minit ke-54 namun rembatannya dihalang penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz.


Kedua-dua pasukan terus berusaha memburu gol dan kemasukan pemain gantian Jonathan Balotelli dan Fadzrul Danel pada babak kedua dilihat kembali menghidupkan jentera serangan Kedah.



Ketika perlawanan memasuki minit ke-90 perlawanan, Fadzrul ternyata menggamatkan suasana apabila berjaya menjaringkan gol Kedah selepas kesilapan pemain TFC yang menghantar bola ke belakang tetapi sempat dipintas Willian Lira sebelum disudahkan Fadzrul. Sumber Berita Harian

12 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page