top of page
Writer's pictureEditor

NAFUZI ZAIN : KEDAH DIHUKUM ATAS KESILAPAN SENDIRI


Nafuzi Zain mengakui beberapa kesilapan yang dilakukan pemain menjadi punca kekalahan 2-3 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Rabu.



Menurutnya, gol yang dijaringkan oleh Selangor semuanya berpunca daripada kesilapan pertahanan walaupun berjaya mendahului dua kali dalam perlawanan tersebut.


"Pertahanan kita kena banyak perbaiki. Walaupun kita bermain dengan baik, tetapi serangan pihak lawan menyebabkan mereka ada peluang untuk jaringkan gol.

"Gol yang dijaringkan Selangor juga atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.


"Namun, secara keseluruhan saya berbangga dengan persembahan 90 minit pemain. Walaupun kita ketinggalan dan kekuarangan pemain, tetapi kita mencuba. Dari segi persembahan kita tak sepatutnya kalah, cuma kita dihukum dengan kesilapan sendiri," katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan.


Dalam perlawanan itu, Amirbek Juraboev terlebih dahulu meletakkan KDA FC di hadapan pada minit keenam sebelum Ayron del Valle menyamakan kedudukan pada minit ke-23.


Willian Lira kembali meletakkan pasukan dari Utara itu di hadapan pada minit ke-28 dan Faisal Halim memadam kelebihan itu lima minit sebelum separuh masa pertama.


Noor Al Rawabdeh menjadi wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-78 untuk memastikan pasukan Gergasi Merah itu berada di kedudukan kedua liga dengan 28 mata.


Dalam pada itu, Nafuzi turut menyifatkan kedudukan kelima ketika ini dalam saingan liga boleh dianggap sebagai sesuatu yang memuaskan.


"Tetapi sudah tentu kita mampu untuk tambah baik lagi pasukan. Saya agak berpuas hati dengan peningkatan pemain tetapi banyak aspek perlu ditingkatkan," katanya.



0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page