top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

NESLON BONILLA, IMPORT BARU DARI EL SALVADOR MENGANTIKAN IVAN MAMUT


Terengganu FC secara rasmi menandatangani Nelson Bonilla, penyerang pasukan kebangsaan El Salvador untuk musim 2024/25.


Bonilla merupakan pemain kelahiran El Salvador berusia 33 tahun akan memakai jersi bernombor 99. Beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab di Thailand seperti Sukhothai, Bangkok United dan Port FC.


Memulakan karier di Thailand bersama Sukhothai, Bonilla tampil cemerlang dimana beliau menjaringkan 25 gol dalam 33 penampilan pada musim pertamanya. Musim berikutnya beliau menyertai Bangkok United dan menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan.


Bonilla gagal untuk meneruskan prestasi cemerlang dimana beliau hanya mampu menjaringkan enam gol ketika beraksi bersama Port dan empat gol ketika menyarung jersi Chiangrai United.


Di peringkat antarabangsa, Bonilla masih aktif beraksi bersama skuad kebangsaan El Salvador dimana baru-baru ini beliau menjaringkan satu gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 ketika El Salvador menewaskan Saint Vincent and the Grenadines dengan keputusan 3-1.


Bonilla bersedia untuk menyertai Terengganu FC, mengisi tempat yang ditinggalkan oleh penyerang Croatia, Ivan Mamut, yang telah terkeluar daripada skuad tanpa bermain sebarang perlawanan musim ini.


Pengendali pasukan, Tomislav Steinbrückner banyak menggunakan khidmat seorang lagi penyerang import iaitu Ismahil Akinade di bahagian serangan musim ini.


Artikel By Mohammad Amirul Haqimi | TPS

3 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page