Nilai pasaran pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus meningkat menerusi kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh Transfermarkt.
Pemain berusia 21 tahun itu menikmati musim yang cukup indah selepas membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi yang dijulang pada musim lalu.
Bintang lincah itu juga diberi penghargaan apabila dinobatkan sebagai pemain muda masa hadapan terbaik di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL). Malah dalam satu paparan di lawan sesawang FIFA , Arif tersenarai sebagai 5 pemain bintang kelayakkan Piala Dunia yang perlu diberi perhatian di Piala Asia.
Prestasi memukau Arif telah membantu untuk melonjakkan nilai pasarannya ke tahap yang terbaik sebelum berakhir tahun 2023.
Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai terkini anak jati Pahang ini adalah 550,000 Euro (RM2.82 Juta) berbanding 450,000 Euro (RM2.3 Juta).
Nilai ini meningkat sebanyak RM512 Ribu berbanding kemas kini yang dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.
Pada musim ini, Arif menjadi watak penting buat kelab dan negara terutamanya ketika membantu Malaysia melakar kebangkitan untuk menundukkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.
Kecemerlangan beliau juga menjadi tumpuan FIFA dan AFC yang menjangkakan impak luar biasa bakal disajikan di pentas Piala Asia kelak.
Comments