top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

NOR HAKIM HASSAN BAKAL DITURUNKAN MENENTANG KL CITY UNTUK SAINGAN LIGA SUPER




Selepas empat musim menabur bakti bersama Selangor FC, Nor Hakim Hassan akan tampil malam esok buat pertama kali akan menyarung jersi Terengganu FC. Beliau kemungkinan akan beraksi dalam kesebelasan utama. Sejak menyertai Selangor FC, Nor Hakim berjaya membuat 52 penampilan dan menjaringkan tujuh gol serta tujuh bantuan jaringan. Dengan kehadiran Nor Hakim Hassan dari Selangor FC dapat menambah variasi tambahan untuk penyerang dan pemain sayap Terengganu FC.


Nor Hakim Hassan yang pernah membawa pasukan Perak FC untuk meraih kejuaraan bagi saingan Piala Malaysia pada tahun 2018. Nor Hakim juga mempunyai 6 penampilan bersama skuad Kebangsaan dengan kali terakhir beraksi ketika Piala Mitsubhisi Electric 2022 yang menyaksikan Harimau Malaya berjaya layak ke separuh akhir.


Menurut Hakim, beliau sangat faham apa yang diinginkan oleh oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner yang juga bekas jurulatihnya semasa berada bersama di pasukan T-Team FC pada tahun 2015. Baginya, beliau sudah biasa dengan kaedah latihan dan pembentukan disiplin yang diinginkan oleh pengendali tersebut namun baginya mungkin ianya bakal berbeza pada kali ini kerana Tomislav yang beliau kenal dahulu dan kini adalah pada zaman berbeza. Tetapi bagi Hakim, beliau ingin mengambilnya sebagai cabaran untuk cepat memahami apa yang pasukan ini rencanakan.

13 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page