top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

'Oppa' Hadiahkan 3 Mata Berharga Buat Perak FC



Perak FC meraikan kemenangan sulung mereka dalam kancah Liga Super selepas menundukkan pasukan pelawat, Kuching City FC 2-0, sebentar tadi di Stadium Ipoh.



Tiga mata penuh menjadi milik Perak FC setelah anak buah Lim Teong Kim kebuntuan mencari halu tuju dalam tiga perlawanan lepas dengan pelbagai kesukaran.

Penyerang dari Korea Selatan, Seo Seonung menjadi wira skuad seladang apabila menjaringkan dua gol di hadapan lebih 7,000 penyokong yang hadir ke stadium.



Minit awal permainan menyaksikan perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan mencari rentak mengasak kubu lawan masing-masing.

Kehadiran beberapa tonggak utama Perak FC yang kembali dari penggantungan dan pulih dari kecederaan menyaksikan pasukan tuan rumah lebih selesa menyusun rentak.


Seawal minit kedua, Perak FC mendapat peluang menerusi penyerang Seo Seonung yang mendapat umpanan dari Hadi Fayyadh namun tendangan lemahnya mudah diselamatkan penjaga gol lawan, Shaiful Wazizi Mohammad.


Pemain Perak FC, Farris Izdiham Awang Kechik memperoleh peluang menjaringkan gol pada minit ke-20 namun sekali lagi penjaga gawang Kuching City FC mendakap kemas rembatannya.


Selang seminit kemudian, sepakan penjuru pemain lawan, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman hampir mencipta jaringan tetapi tumbukan penjaga gol tuan rumah, Bryan See menyelamatkan gawang dari dibolosi.


Pasukan tuan rumah membuat pertukaran pertama pada minit ke-25 mengeluarkan pertahanan import mereka, Sunday Afolabi yang mengalami kecederaan dengan diganti Raja Imran Shah Raja Amin.

7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page