top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

“Pengadil Adalah Sentiasa Betul,” – Kim Swee



Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee merupakan jurulatih kedua yang diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah dalam aksi Liga Super di antara Sri Pahang dan Sabah semalam.


Perlawanan tegang semalam dihasi dengan layangan kad merah. Beliau dikenakan tindakan layangan kad merah selepas dikatakan membantah keputusan pengadil.


Namun pada sesi sidang media selepas perlawanan, Kim Swee yang ditanyakan mengenai insiden tersebut mengelak dari memberi sebarang komen sebaliknya mencadangkan agar penonton siaran langsung Astro menilai sendiri adakah ada kekasaran atau tidak.



“Saya rasa Astro ada membuat siaran langsung perlawanan (Sri Pahang dan Sabah) hari ini kan? Jadi saya rasa kalian perlu tanya penonton Astro adakah ianya kekasaran atau tiada kekasaran.

“Saya tak akan menjawab soalan berkenaan itu. Saya belum lagi melihat video tapi pada saya secara jelasnya tanya mereka. Tanya penonton. Jangan tanya saya, kalian meletakkan saya dalam keadaan sukar yang sudah pun sukar sekarang,” luah Kim Swee


Kredit Foto Flash Sukan

Ketua Jurulatih Sabah FC itu enggan mengulas lanjut berhubung isu pengadilan ketika aksi bertemu Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Ahad malam.

Menurutnya, pengadil adalah sentiasa betul dan tidak boleh dipersalahkan. Biarpun dilayangkan kad merah kerana berlaku bantahan keras, beliau menegaskan akan berada dalam keadaan bahaya sekiranya memberi sebarang komen terhadap mutu pengadilan yang sepatutnya Sabah FC diberikan sepakan penalti.


Rata-rata penyokong Sabah ternyata tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan perlawanan tersebut. Mereka berpendapat sekurang-kurangnya dua sepakan penalti harus dihadiahkan buat pasukan Sabah namun satu penalti pun tidak diberikan.


Perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-1 dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.



21 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page