top of page
  • Writer's pictureMohammad Amirul Haqimi

'Pengadil membunuh kebangkitan TFC', Insiden kontroversi layangan 2 kad merah bantu JDT tewaskan TFC



Babak kedua perlawanan menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada minit ke-52 selepas pertahanan import, Argzim Redzovic diperintahkan keluar padang selepas mengumpul dua kad kuning kerana mengasari pemain lawan.



Insiden layangan kad merah tersebut ibarat mematahkan lagi semangat pemain TFC untuk mengekalkan momentum positif setelah kehilangan seorang pemain namun semangat yang ditunjukkan adalah luar biasa dan para pemain terus positif menyerang.



Insiden tersebut sekali lagi berulang pada minit ke-73 menyaksikan layangan kad merah kepada pemain TFC, Ivan Mamut yang dikatakan mengasari Feroz Baharudin dalam situasi pemain JDT itu memberikan tekanan kepada , Ivan Mamut. Namun pengulas perlawanan, Nizaruddin Yusof tidak bersetuju dengan tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Ivan Mamut yang dilihat tidak mengasari Feroz dengan teruk.

33 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page