Piala FA Malaysia 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya. Johor Darul Ta’zim FC telah mengesahkan kejuaraan mereka dengan kemenangan dua gol tanpa balas ke atas lawan mereka Kuala Lumpur City FC. Ini merupakan Piala FA ketiga buat mereka sejak diambil alih sepenuhnya oleh HRH Tunku Mahkota Johor pada 2013.
Tidak sampai 48 jam Harimau Selatan meraikan kejayaan ini, timbul pula isu berkenaan seorang penyokong KL City FC telah dicederakan dan dipukul oleh anggota keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan tersebut.
BUDAYA BARAT USAH MENJADI RUKUN HIDUP MELAYU
Adakah budaya “Samseng Bolasepak” semakin sukar dikawal? Mungkin terdapat sekumpulan penyokong yang terlalu taksub dengan budaya “Football Hooligan” dari luar negara. Datang ke stadium untuk melakukan provokasi melampau untuk mengundang kemarahan kepada penyokong pihak lawan.
Sebahagian penyokong yang menggelar mereka firm atau casual inilah yg sering menimbulkan kekecohon di Stadium. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ianya pasti akan terus berbangkit bertahun lamanya akibat ketidakpuasan hati dan juga dendam.
Bayangkan penyokong wanita, anak-anak yang datang untuk menyokong terkena tempias sedangkan mereka langsung tidak terlibat dgn provokasi.
BATALION ANGGOTA PENJAGA KESELAMATAN UMPAMA ARMADA PERANG!!
Apa yang dapat dilihat, pasukan keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim datang dari pelbagai unit. Antaranya PDRM, Polis Bantuan, In-House Marshall dan juga dari Johor Military Force.
Adakah Johor tidak aman, hingga perlukan satu batalion 'armada perang' untuk menjaga keselamatan penyokong?? Kerisauan menerpa dalam bisikan hati segelintir penyokong yang hadir apabila melihat ramainya anggota berunifom sia siaga melirik setiap pergerakkan yang menimbukan rasa ragu.
Kita tidak mampu menduga apa yang bakal terjadi dalam kehadiran puluhan ribu manusia yang dilihat rambut sama hitamnya tapi hati tiada siapa pun tahu, rusuhan boleh hadir tanpa mengira tempat bilamana akal terasuk kata hati berjiwa muda yang sedang panas bergelora. Provokasi yang awalnya mungkin di lihat perkara biasa senario bolasepak dunia tapi banyak berlaku berakhir dengan rusuhan serius hingga ada yang terbunuh.
Gabungan ini bagi memastikan sistem keselamatan di SSI berada di dalam keadaan yang terbaik dan mengelakkan dari berlakunya rusuhan penyokong dan mengakibatkan kejadian yang lebih serius berlaku.
BENCANA STADIUM KANJURUHAN PADA 2022
Nyata sistem keselamatan yang lemah di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur ketika perlawanan antara Arema FC dan juga Persebaya Surabaya FC telah mengakibatkan hampir 135 orang penyokong terkorban dan ratusan lagi cedera.
Akibat terlalu taksub, penyokong masuk menceroboh ke dalam padang untuk merusuh dan juga melakukan kekecohan sesama mereka. Sebagai tindak balas, unit polis pencegah rusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan keadaan.
Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila ramai yang terperangkap di dalam stadium. Telah mencetuskan rempuhan apabila perusuh dan penyokong mula berasa sesak nafas akibat gas tersebut. Tragedi tersebut menjadikan ianya antara insiden terburuk dalam sejarah bola sepak di Asia dan kedua di dunia selepas “Malapetaka Estadio Nacional” pada 1964 di Peru yang mengorbankan 328 orang.
HUKUM DENGAN BIJAKSANA BUKAN BERHAKIMKAN BUKU LIMA
Tidak kira siapa kita, jangan dibiarkan samseng bolasepak ini untuk terus bermaharaja lela. Setiap perbuatan mereka perlu segera dicegah.
Persatuan- persatuan Bolasepak perlu berkeras mengharamkan budaya samseng ini agar kemeriahaan bolasepak kita tidak akan terus suram. Letakkan undang-undang dalam kedudukan yang tertinggi ketika menghukum.
Pihak yang menghukum pula usah menghakim dengan “Buku Lima” sampai lumat sebagai menunjuk ada kuasa dan perkasa. Bijaksana perlu dalam menangani segala perkara agar tidak menjadi bahan cerita tatkala bergelar juara tapi ternoda dengan perkara yang menjadi tajuk utama berita seluruh cakrawala. Ia pasti akan mengundang persepsi yang lebih buruk dari sesetengah penyokong dan media.
Ini kerana bolasepak adalah titik kesinambungan untuk menyemai rasa cinta, harmoni, perpaduan serta menyatukan kita semua rakyat Malaysia. Akhir kata penutup kalam, 'ADAT BERTAMU BAWA AKAL, BUKAN BELATI SEJENGKAL MENUNJUK HANDAL.
,LERAI DENGAN BIJAK PANDAI, BUKAN HENYAK SAMPAI LUNYAI'
Commentaires