top of page
  • Writer's pictureEditor

Perak Perlukan Khidmat Bomoh


Ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim, meratapi kegagalan anak buahnya memungut mata penuh di Stadium MBPJ dengan berseloroh bahawa mereka mungkin memerlukan bantuan bomoh dari Indonesia.



Perak dan PDRM masing-masing buntu untuk menghasilkan jaringan dalam perlawanan kedua Liga Super sebentar tadi -- masing-masing tumpas dengan jurang empat gol ketika membuka kempen musim ini.



Kedua-dua kelab mempamerkan aksi seimbang dengan skuad Sang Saka Biru memiliki kesempatan terbaik untuk memecah kebuntuan permainan.

Tetapi sepakan lencong Bruno Suzuki di dalam kotak penalti cuma singgah di palang.

Perak turut berpeluang tetapi hantaran lolos daripada Hadi Fayyadh Abdul Razak yang dipatahkan pertahanan tengah, James Okwuosa.


Begitupun, Teong Kim menganggap hanya sentuhan penyudah sahaja meranapkan harapan barisannya untuk mencipta kemenangan, bukannya berkaitan corak permainan yang diterapkannya dengan PDRM melancarkan 11 percubaan sementara lima bagi pelawat.



"Mereka tidak jaringkan gol, itu sahaja.


"Peluang semua sudah dicipta, ini terpulang kepada individu.

"Saya kecewa dengan keputusan sahajalah, selain daripada itu pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik.


"Kami mesti panggil bomoh dari Indonesia," katanya selepas perlawanan.


Menurut ketua jurulatih PDRM, Azzmi Aziz, pula: "Dalam babak pertama khususnya, kami ada peluang menerusi Bruno dan Marcus Macauley.


"Apa pun kami masih berpuas hati dengan keadaan ini dan masih memungut satu mata.

"Kami juga memastikan kecederaan tidak berlaku untuk ke Alor Setar nanti.


"Kami akan analisis perlawanan Kedah dan kami mungkin akan menggilirkan pemain lagi."


20 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page