top of page
  • Writer's pictureSaluddin Ismail

Perak vs Sri Pahang: Gol Minit Akhir Bawa Tok Gajah Ke Pusingan Kedua Piala FA 2023


Kredit Photo Sri Pahang FC

Sri Pahang FC melangkah ke pusingan seterusnya selepas menyingkirkan Perak FC, 1-2 dalam saingan Piala FA perlawanan pusingan pertama di Stadium Perak.

Dalam aksi penuh drama, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-34 menerusi Christian Obiozor hasil umpanan Shafizi Iqmal sekaligus menyaksikan pasukan anak buah Datuk Lim Teong Kim mendahului 1-0.



Keputusan 1-0 kekal hingga tamat separruh masa pertama.


Bermula babak kedua, beberapa insiden kekasaran dan layangan kad kuning yang menyebabkan pasukan tuan rumah kehilangan seorang pemain selepas Fadhil Idris dilayangkan kad merah apabila mengutip dua kad kuning.


Pelawat cuba memanfaatkan kelebihan bermain 11 orang menerusi percubaan sepakan percuma pemain import mereka, Stefano Brundo tetapi rembatannya didakap kemas penjaga gol Perak FC.


Pada minit ke-81, Pahang FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff menjadikan keputusan semasa 1-1.

Gawang Perak FC terus diasak pada minit akhir perlawanan sebelum Sri Pahang FC dihadiahkan sepakan penalti dan Stefano Brundo tidak melepaskan peluang menjaringkan gol kemenangan Sri Pahang FC sekaligus membawa Tok Gajah ke pusingan kedua Piala FA.

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page