Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Šegrt menegaskan perlawanan akhir menentang Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 hanyalah aksi pemanas badan sebelum pasukannya beraksi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Tajikistan berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-0 dan Petar mengambil perkara ini untuk mendabik dada dan memberikan komen pedas terhadap pasukan negara.
“Maafkan saya kerana berkata seperti ini, hari ini (semalam) hanyalah aksi pemanas badan untuk kami menjelang Piala Asia 2023.
“Ini kerana bagi Tajikistan, Piala Asia 2023 adalah sangat penting bagi kami, selain kelayakan Piala Dunia. Akan tetapi, saya juga gembira kerana dapat memenangi piala ini (Pestabola Merdeka),” kata Petar Šegrt ketika sidang media selepas perlawanan.
Kekalahan semalam merupakan merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara ketika berdepan Tajikistan yang turut menggagalkan impian Malaysia untuk menjuarai King’s Cup 2022. Vocket FC
Comments