top of page

PIALA ASIA QATAR: ROMEL MORALES MUKA BARU DALAM SKUAD KIM PAN-GON

  • Writer: Editor
    Editor
  • Dec 19, 2023
  • 1 min read

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, menyenaraikan 26 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa, 26 Disember 2023 bagi menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar, 12 Januari hingga 10 Februari 2024.



Berdasarkan senarai pemain, Pan-gon telah mengekalkan seramai 22 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei, November lalu.


Empat pemain baharu yang tersenarai kali ini ialah dua pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa; pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee serta penyerang Kuala Lumpur City FC, Romel Morales. Sumber Stadium Astro & FAM

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia and sportsrepvblic.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page