PIALA CABARAN: SFC TAMAT KEMARAU 10 TAHUN TANPA PIALA
- Editor
- Feb 23
- 1 min read

SELANGOR FC menamatkan kemarau hampir 10 tahun tanpa kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila merangkul Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.
Kali terakhir Selangor memenangi trofi adalah sedekad lalu ketika menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas mengalahkan Kedah 2-0 pada aksi final 2015 di Stadium Shah Alam.
The Red Giants bimbingan Katsuhito Kinoshi sebelum itu mendapat tonik terbaik selepas dianugerahkan kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir pertama pada Sabtu lalu.

Ini gara-gara The Cops penyandang juara kendalian P Maniam yang tewas 2-3 dalam perlawanan itu didapati menurunkan pemain yang dikenakan penggantungan perlawanan ketika tersebut.
Kesempatan itu dimanfaatkan sebaik mungkin Red Giants untuk melakar kemenangan 4-0 sekali gus agregat 7-0 dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium MBPJ.
Selangor yang hadir selaku pasukan pelawat tidak menunggu lama apabila mendahului hasil jaringan penyerang import dari Jordan, Ali Olwan pada minit keempat sebelum Yohandry Orozco selepas itu melebarkan jaringan buat Selangor pada minit ke-10.
Tandukan Ronnie Fernandez kemudian menjelmakan gol ketiga minit ke-30 selepas The Cops dikurangkan pemain setelah Muhammad Eizrul Asyraf Nor Effendy dilayangkan kad merah setelah mengasari Orozco.
Separuh masa kedua, The Cops berusaha kembali dalam permainan berjaya menghadirkan beberapa percubaan ke arah gawang Selangor, namun Orozco sekali lagi hadir dengan jaringan minit ke-80 untuk penamat sempurna Red Giants di depan penyokong sendiri. Sumber Artikel Sinar Harian
Comments