top of page
  • Writer's pictureEditor

PIALA FA: ARIF AIMAN LENGKAPKAN KEGEMILANGAN JDT UNTUK KE SUKU AKHIR


Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir Piala FA 2024 apabila mengatasi Kelantan Darul Naim (KDN) 4-0 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar tadi.


JDT pada awalnya bergelut untuk memecahkan corak bertahan lawan dalam babak pertama, di mana gol pembukaan yang dicari mereka hanya tiba pada minit ke-44 menerusi tandukan Fernando Forestieri.

Asakan bertali arus yang diberikan JDT dalam babak kedua membuahkan hasil apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) memberikan mereka sepakan penalti selepas sejam permainan.


Dan biarpun penjaga gol KDN, Muhaimin Mohamad, berhasil menepis tendangan penalti Juan Muniz, barisan pertahanan pelawat seakan-akan terleka untuk menghalang percubaan susulan yang disempurnakan Romel Morales.

KDN kian parah apabila Francisco Geraldes menambah satu lagi gol buat Harimau Selatan pada minit ke-84 dan semakan VAR sekali lagi memberikan JDT sepakan penalti yang disempurnakan Arif Aiman Hanapi dalam waktu kecederaan.


Dengan kemenangan itu, JDT akan bertemu Malaysian University bagi penentuan ke separuh akhir.

0 views0 comments

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page