top of page
  • Writer's pictureSalehuddin Arsat

PIALA FA MALAYSIA KEKAL MILIK JOHOR DARUL TA’ZIM FC

Harimau Selatan berjaya mengekalkan Piala FA dibumi Darul Ta’zim apabila menewaskan skuad KL City FC dengan dua jaringan tanpa balas.

Barisan pemain Bojan Hodak terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila taktikal bertahan yang beliau terapkan berjaya memastikan tiada jaringan berjaya dihasilkan sehingga separuh masa pertama tamat.

Sedar akan strategi menyerang beliau berjaya dibaca oleh lawan, Esteban Solari berjaya melakukan sedikit perubahan taktikal. Meletakkan Afiq Fazail sedikit kebelakang sementara Leandro dan Hong Wan sedikit kehadapan.

Nyata kepercayaan yang diberikan oleh Jurulatih nya dibalas oleh Shio Hong Wan. Beliau berjaya menghidu peluang yang ada dengan melakukan satu ledakan 25 meter dari kawasan tengah.

Bola ledakan beliau terlalu laju mencari penjuru kiri Kevin Ray Mendoza bagi menghadiahkan gol sulung buat JDT pada minit ke-65.

Selang 9 minit kemudian, Leandro Velazquez pula berjaya mencuri tumpuan. Beliau menterjemahkan gol dengan memanfaatkan keadaan kucar-kacir dihadapan gol KL City FV buat gol kedua JDT.

Nyata kekuatan yang ada pada JDT gagal disaingi oleh Pasukan Warga Kota. Dengan kemenangan ini, ia merupakan Piala FA ketiga buat JDT FC selepas berjaya menjuarainya pada 2016 dan juga 2022.

(Photo by TPS)

7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page