top of page
  • Writer's pictureEditor

PIALA FA : MUKHAIRI AJMAL ASET MUDA BERBISA SELANGOR FC


Kemenangan besar 4-0 ke atas Sri Pahang nyata mengejutkan pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe yang tidak percaya mampu meraih kemenangan mudah pada aksi pusingan 16 terbaik saingan Piala FA, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Malah pengendali Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe sendiri tidak menyangkan pasukannya mampu menang dengan jaringan besar. Tambah beliau, pemain Gergasi Merah menunjukkan taktikal disiplin yang cukup baik sekali gus mengatasi cabaran yang mahu diberikan pasukan lawan.


"Itulah hasil daripada konsentrasi dan juga semangat berpasukan kita dapat menjaringkan empat gol dan saya sebagai jurulatih agak terkejut.


"Secara keseluruhan saya rasa semua pemain layak untuk menang. Saya harap untuk aksi berikutnya, pasukan kena kekalkan taktikal disiplin dan juga konsisten setiap perlawanan," katanya.


Dalam perlawanan tersebut, antara pemain yang paling mencuri tumpuan semalam, pastinya terarah kepada perancang muda Selangor iaitu Mukhairi yang begitu cemerlang serta berada dalam kelas tersendiri.


Kelibat Mukhairi jelas menjadi ancaman terbesar buat Sri Pahang, selepas pemain tersebut kekal cemerlang sepanjang permainan untuk membantu serangan Selangor.



Menerusi kelincahan dipamerkan Mukhairi, beberapa situasi menyaksikan pemain tengah itu berjaya memecahkan kekebalan pertahanan lawan hasil kelicikan beliau dalam menggerakkan bola.


Dalam perlawanan itu, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tampil dengan persembahan berkualiti meledak dua gol dan masing-masing satu gol menerusi Faisal Halim dan Brendan Gan.



Selain berjaya meledak dua jaringan berkualiti tinggi, Mukhairi juga sebenarnya mempunyai beberapa lagi peluang untuk mendapatkan gol menerusi kualiti sepakan jarak jauhnya.


Seperti diketahui ramai, Mukhairi antara pemain yang sangat pakar dalam membuat sepakan jauh tepat ke arah gawang gol serta sangat kreatif membuat lorongan-lorongan berbahaya kepada rakan serangan.


Pada usia yang masih muda, Mukhairi boleh dianggap sebagai aset terbaik negara untuk memimpin Harimau Malaya di pentas antarabangsa, jika beliau terus mempamerkan konsistensi sebenar.


Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, sisi matang dipamerkan oleh Mukhairi jelas semakin baik daripada segi ketenangan, serta cepat membuat keputusan di atas padang. Sumber Info : Harian Metro, Berita Harian, Semuanya Bola

12 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page