top of page
  • Writer's pictureEditor

PIALA FA: SELADANG TERKORBAN DI GONG BADAK

TERENGGANU FC (TFC) tersenyum lebar selepas berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Perak FC dalam perlawanan Pusingan 16 Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Jumaat.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu dilihat serba kurang menjadi apabila Luiz Motta berjaya meletakkan gol pertama perlawanan pada seawal minit keenam yang gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.


Pada minit ke-35 permainan, pemain tengah Terengganu, Manuel Ott dikasari pertahanan Perak, Tommy Mawat dalam kawasan penalti pasukan pelawat sekali gus menghadiahkan sepakan penalti buat TFC yang disempurnakan Safawi Rasid untuk jaringan penyamaan.


Dalam pada itu, Marin Pilj berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke 42 seterusnya menyelamatkan maruah TFC di hadapan penyokong sendiri pada minit-minit akhir babak pertama .


Bersambung babak kedua, anak-anak buah Yusri Che Lah dilihat berhempas pulas mencari gol untuk menyamakan kedudukan namun tidak berjaya menembusi benteng pertahanan TFC.


Bagaimanapun, berlaku drama pada minit ke-64 apabila pemain Perak, Firdaus Saiyadi dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas semakan daripada VAR mengesan kekasaran keras yang dilakukan terhadap Safawi Rasid.


Kemenangan itu menyaksikan TFC mengesahkan slot ke Suku Akhir Piala FA 2024 dan akan menanti pemenang perlawanan antara Sabah FC menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada Sabtu.


0 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page