top of page
Writer's pictureEditor

PIALA FA: SONY NORDE ANGGAP PENGADIL PUNCA KDA KALAH


Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan pada aksi separuh akhir Piala FA di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, semalam.


Bagi Sony, jaringan pertama JDT yang dijaringkan oleh Oscar Arribas adalah tidak wajar selepas terdapat kekasaran yang dilakukan ke atas pemain tengah Kedah, Habib Haroon.

Selain situasi tersebut, Sony berpendapat bahawa seharusnya Kedah mendapat sepakan penalti namun ianya tidak diberikan.


“Untuk gol pertama, ada kekasaran kepada Habib (Haroon) dan kami sepatutnya mendapat sepakan penalti namun dia (pengadil) tidak memberikannya.


“Disebabkan oleh mereka (pengadil), kita tewas perlawanan ini. Sudah pasti kita tidak gembira dengan keputusan ini tapi kita sudah cuba yang terbaik,” jelas Sony Norde dalam sidang media selepas perlawanan.


Sony walau bagaimanapun percaya bahawa Kedah masih berpeluang untuk mencipta sesuatu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan 4 Ogos depan

1 view0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page