top of page
Writer's pictureEditor

PIALA FA: 'STUDENT' UNIVERSITI AKUR AMUKAN HARIMAU SELATAN


Keputusan tamat suku akhir pertama Piala FA menyaksikan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), memiliki kelebihan jaringan besar menentang pendatang daripada Liga A1 Semi Pro, Malaysian University Football Team (MUFT), sebentar tadi.

Pasukan Malaysia University Football Team yang turun sebagai Tuan Rumah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada perlawanan hari ini tampak bermula dengan berhati-hati.


Anak buah Ridzuan Abu Shah berjaya menerapkan disiplin bertahan yang amat tinggi dan hanya berjaya bolos satu gol pada babak pertama.

Corbin-Ong mencuri tumpuan, seawal minit kedua perlawanan apabila berjaya mencetak jaringan untuk Harimau Selatan di hadapan.


JDT yang turun tanpa tonggak import pada babak pertama tampak tertekan dan segera memasukkan Fransisco Geraldes dan Romel Morales untuk memantapkan jentera serangan.


Kemasukan kedua-dua pemain ini nyata memberikan nafas baru buat jentera serangan Harimau Selatan.

Fransisco Geraldes hanya memerlukan 2 minit diatas padang untuk meletakkan JDT 2-0 di hadapan sebelum menambah gol pada minit ke-61.

Pasukan pelawat menambah penderitaan MUFT dengan gol dari Shahrul Saad dan Romel Morales untuk membolehkan mereka berkenduri gol dengan lima jaringan pada perlawanan ini.

Mereka bakal bertemu sekali lagi pada suku akhir kedua di stadium yang sama pada 5hb Julai 2024.


0 views0 comments

Opmerkingen

Beoordeeld met 0 uit 5 sterren.
Nog geen beoordelingen

Voeg een beoordeling toe
bottom of page