top of page

PIALA MALAYSIA: JDT SELANGKAH KE FINAL SELEPAS MUDAH BELASAH PERAK FC

  • Writer: Editor
    Editor
  • Oct 20, 2023
  • 1 min read

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah ke final Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Perak dengan keputusan 4-1.


Aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan Harimau Selatan menjaringkan gol awal menerusi tandukan pertahanan kiri, Oscar Arribas selepas menerima hantaran cantik oleh Heberty pada minit ke-7.


Pemain JDT meraikan gol jaringan Arif Aiman

Arif Aiman Hanapi menggandakan kedudukan pasukan pelawat apabila mudah memperdaya penjaga gol Perak, Farhan Majid pada minit ke-12.


Tuan rumah memiliki beberapa peluang keemasan menerusi percubaan Son Seon-ung dan Kasper Nyholm namun dinafikan oleh Syihan Hazmi.


Berlaku ketegangan pada penghujung babak pertama, berpunca dari Arif Aiman bertindak agresif menjatuhkan pemain Perak.

Berlaku ketegangan pada penghujung babak pertama yang menyebabkan pengadil perlawanan, S.Logeswaran terpaksa melayangkan kad kuning kepada Arif Aiman dan Sunday Afolabi. Keputusan kekal 0-2 hingga separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, percaturan Tano Solari untuk memasukkan Sharol Saad membuahkan hasil yang cukup baik buat pasukan.



Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan gol ketiga pasukan menerusi tandukan cantik pada minit ke-71.


Perak cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan apabila rembatan cantik, Luciano Guaycochea menewaskan Syihan Hazmi sebelum Nazmi Faiz kembali melebarkan kedudukan JDT menjadi 4-1.


Keputusan ini kekal hingga wisel penamat dibunyikan untuk memberi kelebihan buat JDT ke laman sendiri.


Sumber MakanBola

留言

評等為 0(最高為 5 顆星)。
暫無評等

新增評等
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page