top of page
Writer's pictureEditor

PIALA MALAYSIA: MFL KEMASKINI LIMA VENUE BAHARU AKSI PUSINGAN 16


Lima venue dan masa bagi aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2024 telah diubah.

Perkara itu dinyatakan oleh Malaysian Football League (MFL) berkenaan pindaan yang dilakukan menjelang sepak mula yang bakal berlangsung pada Rabu, 20 November.


MFL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa telah mengemas kini jadual perlawanan Unifi Piala Malaysia 2024-2025 melibatkan beberapa perlawanan.



Pindaan ini juga telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat bagi memastikan sepak mula perlawanan berlangsung dengan baik.


Aksi pertama yang dipindah melibatkan pertemuan antara Kuala Lumpur Rovers FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermula pada jam 5:00 petang dilewatkan kepada jam 6:00 petang.



Venue asal aksi pertama ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras namun diubah dan bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 20 November ini.


Perlawanan antara Kelantan Darul Naim FC dan Perak FC juga bakal berlangsung di Stadium Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ) setelah venue asalnya sebelum ini belum disahkan.


Pertemuan kedua-dua pasukan ini bakal berlangsung pada hari Jumaat, 22 November jam 9 malam.


Pertembungan antara pasukan Liga A1 Semi Pro, PT Athletic menentang Sabah FC pula akan berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.


Aksi itu dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 23 November jam 5 petang dengan aksi timbal baliknya dijadualkan pada 27 November.


Perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia antara Negeri Sembilan menentang PDRM pula dilewatkan dari jam 5 petang menjadi 9 malam manakala aksi timbal balik bakal berlangsung di Stadium Selayang.


Kemas kini penuh bagi jadual Piala Malaysia 2024 boleh dirujuk di laman MFL.

7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page