top of page
  • Writer's pictureEditor

PIALA MFL: SAFAWI RASID KEMBALI MENGGEGAR JARING LAWAN


Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid kembali menggegar jaring.


Safawi telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi bertemu Perak di Piala MFL pada semalam.


Turun bergandingan bersama Fernando Forestieri dan Ramadhan Saifullah, Safawi berjaya meledak seawal minit ketiga permainan.


Ketika pemain berusia 26 tahun itu melancarkan serangan ke kubu lawan, beliau telah dikasari pertahanan Perak sekaligus memaksa pengadil perlawanan memberi sepakan bebas.


Safawi memanfaatkan peluang tersebut mengambil sepakan percuma dengan cukup baik. Sepakan Safawi cantik mengegar jaring, menewaskan penjaga gol Perak, Syazwan Syazany.



Jaringan Safawi Rasid memastikan Johor Darul Ta’zim II mencatat kemenangan mengatasi Perak dengan keputusan 1-0.


Anak buah Mariano Echeverria kini menduduki tempat kedua dalam carta kedudukan Piala MFL dengan mengutip enam mata selepas dua perlawanan.


Untuk rekod, kali terakhir Safawi Rasid menjaringkan gol adalah ketika beliau menyarung jersi kebangsaan. Safawi cemerlang membantu Harimau Malaya mengatasi Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan keputusan 4-1.

9 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page