top of page
  • Writer's pictureEditor

PIALA SUMBANGSIH: SELANGOR SEDANG BINCANG DENGAN MFL TUNDA PERLAWANAN SUMBANGSIH


Menurut wartawan Asro Arena, Fina Nasrom, Selangor difahamkan sedang berbincang bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menunda Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat ini.



Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan permohonan itu dikemukakan atas dasar keselamatan.


Justeru, beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata pihaknya memohon MFL membuat penelitian mengenai perkara itu dengan surat permohonan sudah dikemukan kepada MFL, hari ini.


"Hari ini Selangor FC membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT (Johor Darul Ta'zim) bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih kalau dapat diubah, bukan dibatalkan atas dasar keselamatan.


"Itu (faktor keselamatan) saya tak boleh dedahkan. Kita sudah buat permohonan rasmi kepada MFL. Biar MFL teliti dan perbincangan lanjut akan dijalankan," katanya.


Shahril berkata demikian ketika ditemui selepas beliau melawat pemain Selangor, Faisal Halim di sebuah hospital, di sini, hari ini.


Faisal yang juga tonggak penting skuad kebangsaan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, kelmarin.


Mengikut jadual, aksi Piala Sumbangsih yang bakal menemukan JDT dan Selangor sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.


4 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page