top of page
  • Writer's pictureEditor

RADAMEL FALCAO BAKAL BERSAMA JDT DALAM MASA TERDEKAT


Berita perpindahan Radamel Falcao yang dikhabarkan akan meninggalkan Rayo Vallecano untuk menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, JDT turut mendapat liputan meluas media Colombia, El Deportivo.


Spekulasi itu muncul selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menulis ‘see you soon Tim’ terhadap komen yang ditinggalkan bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton itu di hantaran beliau.


Susulan komen itu, ramai penyokong JDT mulai membuat spekulasi komen Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkait dengan projek yang mahu dilakukannya selepas ini.

Bagaimanapun sehingga hari ini, belum ada pengumuman rasmi atau berkemungkinan Cahill hanya memberi komen tanda seorang rakan kepada Tunku Ismail.


Dalam masa sama, Falcao dikatakan hampir sah menyertai keluarga JDT selepas Tunku Ismail membuat ciapan di Twitter menyatakan akan berjumpa dengan pemain itu sambil beliau sambil turut ‘tag’ nama Falcao dan ejen bola sepak, Morris Pagniello.



“Jumpa kamu dalam masa terdekat,” kata Tunku Ismail menerusi ciapan Twitternya, sebentar tadi.


Komen berkenaan dibalas semula oleh bekas penyerang Manchester United dan Chelsea itu: ”Tidak sabar bertemu anda (Tunku Ismail)…”.


Kontrak Falcao bersama kelab Rayo Vallecano bakal berakhir pada Jun ini dan menurut laporan media itu, dia bersedia untuk mencuba cabaran baharu bersama JDT.

Media Sepanyol, Marca mendakwa Falcao sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama JDT.


Laporan oleh El Deportivo yang memetik laporan wartawan Felipe Sierra berkata Falcao akhirnya akan memuktamadkan masa depannya dengan perpindahan ke JDT pada jendela perpindahan musim panas ini.


Laporan sama turut mendedahkan Falcao bersetuju untuk memperkuatkan jentera serangan JDT dengan gaji bernilai USD 1 juta, atau bersamaan dengan RM4.45 juta selama semusim merangkumi pelbagai bayaran lain termasuk bonus.



Selain daripada beraksi untuk JDT, Falcao dilaporkan turut akan memainkan peranan sebagai duta kelab selatan tanah air itu untuk mempromosikan profil kelab ke peringkat dunia.


Falcao adalah pemain berprofil tinggi selepas JDT turut pernah menandatangani Pablo Aimar pada 2014. Sebelum ini penyerang berusia 37 tahun itu turut pernah menyarung jersi River Plate, Porto, Monaco, Manchester United, Chelsea, Atlético Madrid, Galatasaray dan Rayo Vallecano. Sumber Info : Utusan, GK

17 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page